Translate

Thursday, 19 January 2012

buluh tikam kayu rm150

panjang keseluruhan 12 inci

pandangan dekat.
fadilatnya untuk memudahkan urusan,mengatasi halanggan (kerja,perniagaan dll) dengan izin allah

Tuesday, 17 January 2012

power

kayu,batu dan besi mana yang POWER. inilah soalan yang selalu diajukan. Bagi saya kekuatan terletak pada TEMPATNYA,ILMU SEPEMAKAI DAN TUJUANNYA. faktor kayu,batu dan besi adalah yang kedua..contoh yang agung nabi musa dengan tongkatnya, nabi sulaiman dengan cincinnya dan iskandar zulkarnain dengan binaan timbuknya. wallahu

tongkat buluh tumpat bertemu ruas rm150 (SOLD)

mata ruas

panjang keseluruhan 39.4inci
ruas yang bertemu 
mengikut pengelaman orang-orang terdahulu dan berilmu fadilat buluh tumpat untuk kebal,pelaris,pendinding,penarik,pemanis dll, mengikut keserasian,ilmu,keyakinan dan kepandaian  seseorang individu masing-masing. walahu alam... BERMINAT SILA SMS ATAU EMAIL

Sunday, 15 January 2012

pedang semasa darurat

pedang semasa darurat (13mei) panjang keseluruhan  26 inci bilah 20.5 inci hulu tanduk  





rm 450

Sunday, 8 January 2012

Kukri Nepal RM650.00 (termasuk pos) (SOLD)

Pandangan keseluruhan


Pandangan belakang sarung kulit

Hulu gading

Corak pada permukaan bilah

Kukri boleh berdiri tegak dengan timbangan yang tepat

Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 11 inci
Hulu gading gajah
100% buatan tangan

Kukri Nepal ini hanya ada sebilah sahaja dalam simpanan saya. Siapa cepat dia yang dapat.

Saturday, 7 January 2012

Wasiat Terakhir Rasulullah


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Antara isi khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

 "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
 Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
 Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
 Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
 Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
 Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."