Translate

Thursday, 25 October 2012

AIDIL ARDHA

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ARDHA DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAT KORBAN. UNTUK PENGETAHUAN IBADAT KORBAN IALAH SUATU IBADAT SUNAT YANG DI TUNTUT JIKA MANA SESEORANG ITU MAMPU MEMBAYAR ZAKAT , MAKA HARUS ATAU MAMPU IA MELAKUKAN KORBAN. SETIDAK-TIDAKNYA AMBIL SATU BAHAGIAN (SATU BAHAGIAN ANGGARAN BAWAH RM500) KALAU ASTRO SEBULAN RM60 X 12 =720 SETAHUN, TAK KAN KORBAN SATU BAHAGIAN ANGGARAN RM 280 -RM 500  TAK MAMPU...DALAM HAL NI SAYA MENYERU LAKUKAN LAH KORBAN. JANGAN BERKIRA SANGAT DENGAN ALLAH...INI HANYA PESANAN SAYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM...

Wednesday, 24 October 2012

gelang RM 86

 GELANG 7 panggilan citrine khasiat kepada kewangan,kekayaan.peluang (sold)
 GELANG 8 panggilan obsidian khasiat mengatasi rasa rendah diri,mengsyikir aura NEGATIF
GELANG 9 fossil kayu jadi batu ( kayu cyprus kalau tak silap)

Tuesday, 23 October 2012

Perihal MISTIK

1. maksud mistik ialah sesuatu benda yang tidak dapat dihurai atau dibuktikan dalam bentuk penulisan,kajian atau bahasa komesyen paranormal. Dalam hai ni kabanyakan mahkluk yang di namakan manusia ni meletakkan pandangan perkara mistik sesuatu yang negatif . persoalan KENAPA!!!! kurang penggetahuan atau bahasa kasarnya CETEK ILMU. Tidak ke kita sedar yang kita ni hidup seharian di kelilingi perkara-perkara mistik. contoh garam masin.gula manis dll, ini jugak di kira mistik kerana gula rasa manis, mana manisnya, adakah manis tu digula atau di rasa/lidah?? kalau kena kencing manis. siapa yang patut di persalahkan gula atau si pegguna FIKIR................ Selalunya mistik ni diletak atau dikaitkan dengan senjata atau barangan lama,antik,batu permata,kayu, ni yang salah, jangan mudah menghukum, yang salah tu fahaman atau penerimaan kita. barang tu tak salah. Seperti mana yang tertulis dalam al-quran..tidak aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. FIKIR.............. belajar berfikiran terbuka dan fahamkan sesuatu benda tu terlebih dulu dan letakkan nya di tempat yang betul. ambil dan guna sebagai keperluan kita, sudah..tak payah lah kita nai uji ,test, ukur kekuatan,power sesuatu barang. siapa kita untuk mengukur barang ni.. Barang atau benda ni semua adalah kurniaan dan ketentuan ALLAH pada mereka yang dikehendaki dengan izinnya. FIKIR................. 2. KHODAM SESUATU BARANG.. logiknya sesuatu yang cantik,indah dan bersih tak kira la kayu ke,batu ke besi ke dll bukan kita manusia je yang suka/minat binatang atau jin pun minat gak.. apa salah kita kongsi seperti mana planet yang dipanggil bumi, yang siangnya untuk kehidupan manusia dan malam nya untuk makhluk jin. contoh batu permata yang berkhodam. saya buat satu gambaran rumah yang berpagar dan yang tidak berpagar. mana lebih mudah pencuri masuk?? ibarat macam tu la, khodam cincin yang kita pakai tu akan alert atau tepis perkara-perkara yang cuba ganggu kita........3. BARANG BERTUAH ATAU HIKMAT.  (a. cara barang tu diperolehi, paksaan atau pemberian  (b. cara pengolahan dan niat (c. Bahannya yang bersifat semula jadi (buluh perindu,cenuai. kesimpulannya kalau bahan yang di gunapakai cara paksa,niat busuk dan bahan dimenterakan yang entah apa-apa keputusan barang bersifat HITAM/NEGATIF dan kalau gunapakai cara yang baik, niat baik dan bahan olahan ruqyah yang baik.. hasil yang baik di beri oleh ALLAH. so... kalau niatnya baik maka dapat rahmat,balasan pahala, tempatnya syurga..kalau niatnya jahat maka dapat sial,balasan dosa, tempatnya neraka. SO.. TARIK NAFAS TEPUK DADA TANYA AKAL/FIKIR...WALLAHU        

gelang RM 86

 GELANG 3 permata jarum atau rustile campuran khasiat tuah,yakin dll
 GELANG 4 permata aventurine khasiat tuah,rezki. cakra bahagian dada atau hati
 GELANG 5 permata akik dari mekah
GELANG 6  permata amethyst cakra bahagian kepala/otak (baik untuk pelajar, migrain                  

Monday, 22 October 2012

gelang RM 86

GELANG 1  panggilan melayu : mata helang. panggilan inggeris : hawk/falcon/eagle eyes. khasiat  banyak tertumpu untuk mata dan daya tumpuan, elok pada mereka-2  yang banyak guna computer dan para pelajar. RM 86
GELANG 2  ini pulak jade campuran dari burma. khasiat tuah dan kesihatan (kepercayaan bangsa tionghua)  RM 86


Sunday, 21 October 2012

tasbuh kokka

 tasbih saiz XL 33 rm250
 tasbih xaiz S 99 rm330 
 gelang rm150
gelang rm150 (campur dgn white crystal)

rotan tunggal

ini lah dia yang di panggil rotan tunggal/bujang semalam/bujang teruna dll.bujang yang di maksudkan ialah tunggal. ketageri barang yang teramat sukar di cari, saya menunggu bertahun untul memilikinya. rotan ni bisa ynag teramat kalau terkena samaada manusia,binatang atau jin. harganya boleh tahan

buluh perindu ( aura TARIK)



Tuesday, 9 October 2012

buluh tumpat bercabang RARE

salah satu khazanah alam yang sukar yang ramai yang tak tau keujutannya

Sunday, 1 July 2012

buluh perindu untuk dimaharkan (SOLD)

pokok buluh perindu (jenis jarum emas) ni untuk dimaharkan pada sesiapa yang berminat... berasal dari pulau besar melaka...khasiat dan fadhilat banyak kepada daya PENARIK... merujuk  pada mereka yg arif dan berilmu dalam bidang ni.  contoh penarik pada pelaris pada yg berniaga, kalau di tanam halaman rumah, rumah anda akan selalu di datang tetamu...dll. ikut kepandaian dan ilmu masing-masing.  harga insya allah tak membebankan ..kalau nak, kena datang sendiri di KL. Tak ada pantang larang dari segi penjagaan., cuma jaga takut di curi..

Thursday, 28 June 2012

pedang samurai untuk dimaharkan

pedang samurai ori dari jepun, pedang baru, dibuat pada 2007, panjang 39inci, bilah 27.5inci, hulu 11inci, tsuba (tamim) gangsa, 100% di buat dengan tangan, pedang ni sedia untuk digunakan...REAL SWORD... RM3000.

Wednesday, 27 June 2012

30 tahun baru berbunga

ini lah pokok hiasan yang ada di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, tapi jarang sekali kita dapat melihat pokok ni berbunga, kira saya ni amat-amat bertuah dapat melihat,memegang dan mencium haruman bunga ni. ni lah kali pertama saya dapat melihat pokok ni berbunga dalam hidup saya, saja nak post gambar pokok ni untuk tatapan.....

Tuesday, 17 April 2012

khazanah

seorang hamba allah bertanya pada saya.... adakah senjata yang tuan post dalam blog ni khazanah allah? saya jawab ya. senjata di buat dari besi. bukankah besi tu kepunyaan allah seperti yang terkandung dalam al quran. kita manusia ni hanya menggolah apa yang sedia ada... contoh dari besi manusia menggolah pedang,kereta dll sebagai alat untuk kegunaan manusia.......fikir...

Saturday, 25 February 2012

tiada

maaf tiada barang yang nak di post, kayu la ni pun susah nak dapat,musim hujan, orang peribumi tak masuk hutan,kalau ada pun stock lama, mahal pulak tu.... tengah duk kecik ROTAN TUNGGAL. barang ni paling sukar nak dapat dan jarang orang tahu keujutannya. paling bisa . kalau dapat saya akan post insyaallah

Monday, 13 February 2012

pelik

kita selalu merasa pelik bila kita melihat atan mendengar sesuatu yang tidak masuk akal . Terfikirkah kita kekadang peristiwa yang pelik tu memberi kebaikan,amaran atau peringatan pada kita. Selalunya pekara pelik ni dikaitkan dengan KEMATIAN (buang tabiat kata orang melayu). Tapi bukannya semua pekara kejadian pelik ni begitu. Ini terjadi pada seorang sahabat saya semasa beliau membeli belah di tasco puchong. Semasa beliau beratur di kaunter pembayaran, di hadapan beliau ada seorang tua berpakaian terlalu lusuh seperti pengemis, PELIKnya DIA berbau harum, barang yang di beli seketul sabun dan membayar rm100 bakinya tidak diambil dan duitnya hanya di bungkus dangan DAUN SERIH. Setua menoleh kebelakang lalu berkata, saya tunggu kawan nak bagi barang ni. Sahabat saya hanya tersenyum (dalam hati gila mamat ni) Setelah beliau tersedar kejadian pelik tu, orang tua tu hilang. Rupa-rupa setua tu nak berikan DAUN SERIH tu padanya, sayang tak ada rezki kerna tak menyapa/bercakap dengan orang tua tu. Ikut pengalaman orang yang arif dalam ilmu mistik DAUN SERIH kalau di simpan di dalam dompet atau bekas duit , DUIT tak putus...wallahualam

pengemis

sedang saya bersarapan, datang seorang pengemis yang tidak saya ketahui kedudukan agamanya, dari pandangan kacamata saya, ada yang memandang hina,marah,menyindir,ego,angkuh dll. Jangan macam tu. Kalau tidak mahu memberi pun cukup lah sekadar senyuman, sedekah ju tu. Mungkin ALLAH sedang menguji kita. kedekut,bahkil kah kita ni!! atau pun setidak-tidaknya untuk mengelakkan dia menjadi penjenayah,peragut,pencuri,pecah kereta atau rumah dan lain-lian yang menyumbang pekara yang NEGATIF. Bukan miskin pun kalau kita bagi sekadar rm1,rm5 ke. Kan hamba ALLAH juga tu. Sedekah bukan kira agama atau bangsa, ISLAM tak gajar gitu. SESUNGGUHNYA TANGAN YANG DI ATAS LEBIH MULIA DARI TANGAN YANG DI BAWAH. ketageri mana kedudukan ANDA.... renungkan

Thursday, 2 February 2012

duit

D doa                                                                                                                                                             U usaha                                                                                                                                                                          I  ikhtiar                                                                                                                                                                       T tawakal                                                                                                                                                                    insyallah berjaya, allah tidak pernah  mungkir janji kalau ANDA melakukan 4 perkara yang di atas

Wednesday, 1 February 2012

pemindahan

sukar kita perolehi barang dari alam graib selain dari batu-batu permata, ini kerana proses pemindahan sesuatu benda (senjata dll) yang di olah dari alam graib akan hancur/pecah/terbakar  apabila ianya memasuki lapisan atau sempadan kecuali barang tu diolah/buat/tulis yang disatukan ayat al-quran dan sifat yang semulajadi mampu menembusi dalam proses pemindahan ke alam nyata (kalau dapat selain dari permata kira rezki/tuah/pemberian tu) ARTIKEL NI HANYA RENUNGAN HARAP TIDAK MENYINGGUNG SESIAPA.....wallahu

penunduk merah/gajah rm160

tongkat kayu penunduk merah/gajah, bentuk semujadi seakan seekor  ular  tedung selar (beediri)

tongkat ini sesuai di guna pakai orang ynag berhati lembut/penggetua/pemimpin

penunduk hitam gunung rm100

kayu penunduk hitam gunung dari pahang yang di ambil pada tahun  2009. sekarang ni kayu ni amat sukar di perolehi


Thursday, 19 January 2012

buluh tikam kayu rm150

panjang keseluruhan 12 inci

pandangan dekat.
fadilatnya untuk memudahkan urusan,mengatasi halanggan (kerja,perniagaan dll) dengan izin allah

Tuesday, 17 January 2012

power

kayu,batu dan besi mana yang POWER. inilah soalan yang selalu diajukan. Bagi saya kekuatan terletak pada TEMPATNYA,ILMU SEPEMAKAI DAN TUJUANNYA. faktor kayu,batu dan besi adalah yang kedua..contoh yang agung nabi musa dengan tongkatnya, nabi sulaiman dengan cincinnya dan iskandar zulkarnain dengan binaan timbuknya. wallahu

tongkat buluh tumpat bertemu ruas rm150 (SOLD)

mata ruas

panjang keseluruhan 39.4inci
ruas yang bertemu 
mengikut pengelaman orang-orang terdahulu dan berilmu fadilat buluh tumpat untuk kebal,pelaris,pendinding,penarik,pemanis dll, mengikut keserasian,ilmu,keyakinan dan kepandaian  seseorang individu masing-masing. walahu alam... BERMINAT SILA SMS ATAU EMAIL

Sunday, 15 January 2012

pedang semasa darurat

pedang semasa darurat (13mei) panjang keseluruhan  26 inci bilah 20.5 inci hulu tanduk  





rm 450

Sunday, 8 January 2012

Kukri Nepal RM650.00 (termasuk pos) (SOLD)

Pandangan keseluruhan


Pandangan belakang sarung kulit

Hulu gading

Corak pada permukaan bilah

Kukri boleh berdiri tegak dengan timbangan yang tepat

Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 11 inci
Hulu gading gajah
100% buatan tangan

Kukri Nepal ini hanya ada sebilah sahaja dalam simpanan saya. Siapa cepat dia yang dapat.

Saturday, 7 January 2012

Wasiat Terakhir Rasulullah


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Antara isi khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

 "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
 Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
 Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
 Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
 Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
 Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."